Mengenai PAKEJ
Mengenai PAKEJ
Malaysia berhasrat untuk menambah baik industri pos dan kurier dengan menyediakan kualiti perkhidmatan kelas pertama untuk pengguna melalui pencapaian empat (4) objektif sasaran yang dikenali sebagai 4R iaitu Kebolehpercayaan, Jangkauan, Relevan dan Berdaya Tahan. Oleh itu, tujuan pembangunan pelan tindakan 'Pelan Accelerator Kurier Negara' atau dikenali sebagai 'PAKEJ' oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dipacu oleh 4R, adalah untuk menyumbang kepada aspirasi industri kurier negara seperti berikut:
i) Kualiti perkhidmatan kelas pertama untuk pengguna;
ii) Peningkatan integrasi Penghantaran Capaian Akhir; dan
iii) Pengalaman pelanggan yang lancar, integrasi penghantaran dan liputan melalui 'tanpa sentuh' dalam norma baharu yang menyokong agenda ekonomi negara.
Bagi mencapai sasaran di atas, 'Rangkaian PAKEJ' telah dikenal pasti sebagai inisiatif pendekatan strategik di bawah pelan tindakan PAKEJ untuk menyokong tonggak 'Mencapai Kemampanan Industri' yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan industri e-Dagang daripada 14 bungkusan per kapita pada tahun 2021 kepada 30 bungkusan per kapita menjelang 2025 seperti yang dirancang dalam PAKEJ.
Aspirasi Digital Negara
Pembangunan PAKEJ memainkan peranan penting ke arah Aspirasi Digital Negara. Melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) di bawah Teras 2 - Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Melalui Pendigitalan, teras ini dilihat sebagai salah satu peranan dalam menyokong inisiatif kerajaan ke arah pendigitalan merentas sektor.
PAKEJ juga dilihat akan menjadi pendukung kepada pencapaian Pelan Tindakan Hala Tuju Strategik Ekonomi Negara 2.0 yang menyasarkan untuk melahirkan 875,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mengguna pakai e-Dagang di bawah sektor perniagaan di mana kehadiran PAKEJ akan memastikan kelancaran operasi perkhidmatan penghantaran. Secara amnya, ia membantu kerajaan mencapai peningkatan 30% dalam produktiviti sektor ekonomi menjelang 2030.
Dalam pertumbuhan e-dagang yang dipacu oleh aktiviti perkhidmatan, Malaysia telah menetapkan komitmen tinggi dalam mengurangkan pelepasan karbon sehingga 45% menjelang 2030 berbanding pada tahun 2020 sebanyak 31%.
Soalan Lazim PAKEJ
tidak memaparkan satu pun
tidak memaparkan satu pun
Apakah itu Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL)?
Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) yang telah dilaksanakan selama lapan minggu bertujuan memperkasakan industri pos dan kurier demi memastikan ia kekal berdaya saing untuk jangka masa panjang di samping menawarkan kualiti perkhidmatan kelas pertama untuk rakyat Malaysia. NPCIL direalisasikan di bawah satu perundingan susulan bersama pemain-pemain industri dan pihak-pihak berkepentingan yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan dari aspek tadbir urus industri, pendekatan kawal selia, kecekapan operasi, kolaborasi industri serta pengalaman pelanggan yang menyeluruh.
Bagaimanakah idea NPCIL tercetus?
Pandemik COVID-19 yang melanda pada awal 2020 telah menyerlahkan keperluan untuk menilai semula prestasi industri secara keseluruhan berpaksikan kepada transformasi digital agar lebih mampan mendepani sektor e-Dagang, di samping memastikan pertumbuhan industri secara lestari dalam era ekonomi digital.
MCMC selaku badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia negara telah memainkan peranan utama melalui penganjuran Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) yang telah berlangsung daripada 12 Oktober sehingga 4 Disember 2020. Makmal tersebut telah melibatkan penyertaan seramai 108 peserta yang terdiri daripada 35 kementerian, agensi kerajaan serta pemain industri utama sektor pos dan kurier negara.
Bagaimanakah sesi libat urus ini dikembangkan? Manakah antara sesi libat urus ini datang daripada NPCIL yang melibatkan industri?
Makmal NPCIL telah dijalankan semasa pelaksanaan moratorium pengeluaran lesen perkhidmatan kurier selama dua tahun. Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan industri pos dan kurier dengan menyediakan akses liputan perkhidmatan yang lebih luas dan fleksibel kepada pengguna.
Makmal NPCIL yang dianjurkan selama lapan minggu bermatlamat untuk memastikan pemberdayaan jangka panjang industri untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kelas pertama kepada rakyat Malaysia melalui pelan tindakan yang digubal bersama dengan pemain industri dan pihak berkepentingan. Fokus perbincangan makmal NPCIL menjurus kepada penambahbaikan tadbir urus industri, pendekatan kawal selia, kecekapan operasi, kerjasama perkhidmatan dan keseluruhan pengalaman pelanggan.
Dapatan daripada makmal NPCIL telah membantu MCMC untuk tampil dengan Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) yang melibatkan pelan hala tuju strategik lima tahun untuk pengukuhan industri pos dan kurier. Ia bertujuan bagi menyediakan liputan perkhidmatan yang lebih luas, akses dan fleksibiliti yang lebih besar kepada pengguna serta meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kepuasan pelanggan dan juga menyokong pertumbuhan industri.
Apakah itu Pelan Accelerator Kurier Negara atau PAKEJ?
Apakah pendekatan utama untuk PAKEJ?
i. Kebolehpercayaan (Reliability) – Kualiti Perkhidmatan
ii. Jangkauan (Reach) – Liputan Lancar
iii. Relevan (Relevance) – Melalui Pertumbuhan Industri
iv. Ketahanan (Resilience) – Kemampanan
Apakah inisiatif di bawah PAKEJ?
Teras 1 - memberi tumpuan kepada pencapaian kemampanan industri melalui inisiatif-inisiatif berikut:
i. Rangkaian PAKEJ
ii. Perkongsian aset dan kerjasama dengan posmen komuniti
iii. Cadangan penambahbaikan kenderaan komersil pos
iv. Insentif untuk menyokong kemampanan industri
Teras 2 - memberi tumpuan kepada penyediaan kualiti perkhidmatan kelas pertama dan pertumbuhan industri yang disokong melalui inisiatif-inisiatif berikut:
i. Pendedahan piawaian kualiti perkhidmatan dan polisi insurans
ii. Peta rangkaian infrastruktur kurier
iii. Semakan rangka kerja pelesenan
iv. Sistem alamat negara
Bagaimanakah usaha ini membolehkan industri mencapai aspirasi negara untuk menyampaikan kualiti perkhidmatan dan liputan yang lancar untuk menyokong pertumbuhan industri e-dagang bagi menggandakan bungkusan per kapita kepada 30 menjelang 2025?
Pada tahun 2024, Malaysia telah mencapai 37 bungkusan per kapita, meningkat daripada 31 bungkusan per kapita yang dicatatkan pada 2023. Angka ini telah melepasi objektif Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) untuk menyokong unjuran pertumbuhan industri e-Dagang.
Jumlah bungkusan dan bilangan pekerjaan dalam sektor pos dan kurier telah berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, didorong terutamanya oleh sektor e-Dagang. Di sebalik pembangunan ekonomi global yang mencabar, Malaysia telah merekodkan 37 bungkusan per kapita pada akhir tahun 2024.
Oleh itu, melalui PAKEJ, MCMC akan meningkatkan lagi pertumbuhannya secara mampan dengan melaksanakan inisiatif pengawalseliaan dan pembangunan yang komprehensif termasuk menaiktaraf sektor ini dengan pembangunan seimbang meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Berapa lamakah tempoh pelaksanaan PAKEJ?
• Mencapai kemampanan industri
• Mencapai kualiti perkhidmatan kelas pertama dan pertumbuhan bersandarkan liputan
Bagaimanakah PAKEJ dapat merangsang pembangunan Ekonomi Digital Malaysia?
Terdapat peningkatan besar dalam jumlah pengguna di Malaysia yang beralih kepada perkhidmatan digital, iaitu lebih daripada satu per tiga rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan digital buat kali pertama pada tahun 2020, menurut laporan e-Conomy SEA 2020 yang diterbitkan oleh Google, Temasek, dan Bain & Company. Penggunaan digital dilihat dapat terus menjadi pemangkin dalam masa terdekat sekaligus membantu kepada potensi pertumbuhan yang luar biasa untuk sektor e-Dagang, termasuk rantaian bekalan dan permintaan.
PAKEJ komited untuk menyediakan perkhidmatan kelas pertama kepada rakyat Malaysia melalui integrasi penghantaran terakhir serta pengalaman pelanggan yang lebih berkualiti. PAKEJ juga bermatlamat untuk memacu industri pos dan kurier dengan mengguna pakai teknologi dengan kemampuan meningkatkan kecekapan operasi secara keseluruhan seiring dengan matlamat di bawah Pelan Tindakan Ekonomi MyDigital.
Dengan kewujudan rangkaian pos dan kurier yang komprehensif, jangkauan perniagaan yang lebih meluas menerusi pelaksanaan PAKEJ memberi peluang kepada Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Bagaimanakah inisiatif PAKEJ memberi manfaat kepada PKS di kawasan luar bandar?
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga akan berfungsi sebagai pusat Rangkaian PAKEJ komuniti setempat. Ia membolehkan PKS menggunakan NADI berdekatan sebagai pusat pengedaran barangan mereka.
Bagaimanakah PAKEJ memastikan perlindungan pelanggan?
Mengenai Moratorium
Langkah memperkenalkan moratorium adalah untuk memberi peluang kepada pemain industri pos dan kurier serta pengawal selia untuk merangka pelan baharu bagi sektor ini yang ketika itu menghadapi cabaran besar dari aliran teknologi dan pasaran yang berkembang. Pandemik COVID-19 telah mempercepatkan keperluan bagi sektor ini di mana para pemain industri terus berhadapan dengan jumlah bungkusan yang meningkat namun berhadapan dengan persaingan yang pesat. Moratorium memberi peluang kepada pemain industri untuk menyusun semula strategi perniagaan.
Penemuan daripada hasil makmal NPCIL sangat penting dalam teras pembangunan aktiviti e-Dagang dan kemajuan ekonomi digital di samping menangani cabaran teknologi yang pesat secara kolektif antara sektor logistik, platform e-Dagang, e-Hailing dan sistem transaksi kewangan.
Butiran lanjut mengenai lesen perkhidmatan kurier boleh didapati di laman sesawang berikut: Â https://www.mcmc.gov.my/en/sectors/postal-courier/licensing
Bagi permohonan lesen yang baharu, MCMC akan mengutamakan sektor utama berteraskan teknologi hijau seperti penggunaan kenderaan elektrik, penghantaran jarak jauh yang lebih baik dan e-Nota Konsainan untuk pemohon baharu. Keperluan untuk menyediakan perkhidmatan kurier mesra alam juga akan dilaksanakan kepada pemain kurier sedia ada. Ia akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan sektor kurier di Malaysia berada pada landasan yang seiring dengan agenda teknologi hijau dan komitmen Kerajaan terhadap alam sekitar.
Pemohon yang berjaya akan diberikan lesen perkhidmatan kurier (kategori A/B/C) bagi rangka kerja pelesenan sedia ada. Perincian bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Kategori | Perincian |
A | Perkhidmatan Kurier Masuk dan Keluar Antarabangsa & Domestik |
B | Perkhidmatan Kurier Masuk Antarabangsa & Domestik |
C | Perkhidmatan Kurier Domestik Dalam Negeri (terhad kepada satu negeri) |
Dengan penarikan semula moratorium, semakan semula ke atas rangka kerja pelesenan sedia ada amat perlu untuk menangani perubahan lanskap industri. Maka dengan itu, langkah segera perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengadaptasi norma baharu dan menyediakan permintaan masa depan yang dipengaruhi oleh perubahan industri, pembangunan serantau dan global serta perubahan situasi. Penyelarasan dalam pendekatan pelesenan memerlukan perubahan minda dan mengiktiraf perkhidmatan pos dan kurier sangat penting untuk pembangunan sosioekonomi.
Kemunculan perkhidmatan penghantaran jarak jauh, termasuk inovasi seperti tempat pungut dan serah dan loker bungkusan menerusi Rangkaian PAKEJ, telah menggalakkan kemasukan pemain industri baharu ke dalam industri. Bagi memastikan kumpulan ini memenuhi jangkaan kualiti perkhidmatan dan liputan industri, MCMC harus menilai semula rangka kerja pelesenan sedia ada.
Fokus rangka kerja pelesenan kurier baharu yang dicadangkan adalah untuk mencapai perkhidmatan bertaraf dunia melalui Strategi 4R, iaitu Kebolehcapaian (liputan lancar), Kebolehpercayaan (masa penghantaran dan perkhidmatan pelanggan), Ketahanan (kelestarian) dan Relevan (pertumbuhan ekonomi digital).
Apakah langkah yang kerajaan laksanakan untuk menangani kebimbangan mengenai kadar asas penghantaran bungkusan dan isu lambakan harga?
Garis Panduan Harga Perkhidmatan Kurier baharu telah dikuatkuasakan pada April 2022. Bagi memupuk industri kawal selia kendiri, pemegang lesen dikehendaki mengisytiharkan harga mereka secara berkala kepada MCMC untuk memastikan aktiviti yang tidak mengikut undang-undang dapat dibendung. Berdasarkan data dan analisis dari pengisytiharan harga ini akan dapat membantu MCMC untuk menentukan dasar yang sesuai berkenaan dengan harga pada masa hadapan.
Glosari
tidak memaparkan satu pun
Bungkusan Per Kapita
Kenderaan Tiga Roda (Three-Wheelers)
Kualiti Perkhidmatan (QoS)
Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL)
Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO)
Peta Rangkaian Infrastruktur Kurier
Penyedia Perkhidmatan Kurier Sampingan
Penyedia perkhidmatan kurier berlesen yang melibatkan penerimaan, pengumpulan, pengisihan dan penghantaran barangan pos dalam rangkaian pos pemegang lesen atau platform pengantara bagi tempahan perkhidmatan dalam talian. Contohnya: Shopee Express
Penghantaran Capaian Akhir
Penghantaran Atas Permintaan
Penyedia Perkhidmatan Kurier
Peti Bungkusan
Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ)
Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA)
Penyedia Perkhidmatan Kurier
Contoh: GDEX, J&T Express, Ninja Van, DHL, Skynet dan lain-lain
Posmen Komuniti
Program Perantis Posmen Komuniti (P3K)
Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
Objektif penubuhan PEDi adalah untuk menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat, terutamanya akses kepada internet di kawasan yang kurang mendapat liputan. Selain itu, PEDi juga turut berfungsi sebagai pusat perkhidmatan komuniti dengan menyediakan kelas perkhidmatan teknologi maklumat dan latihan kepada komuniti sekitarnya. Sejajar dengan perkembangan masa kini, usahawan luar bandar dapat memanfaatkan kewujudan PEDi yang dilengkapi dengan perkhidmatan Rangkaian PAKEJ untuk penghantaran bungkusan kepada pelanggan.