Rangkaian PAKEJ

 

Apakah itu Rangkaian PAKEJ?

PAKEJ memberi peluang kepada penghantaran capaian terakhir yang lebih lancar dengan liputan perkhidmatan yang lebih meluas kepada setiap pengguna. Kerjasama ini melibatkan pemain e-Dagang, kurier dan pembekal peti bungkusan untuk menyediakan platform yang boleh digunakan oleh semua pemain kurier bagi menambah baik penggunaan Rangkaian PAKEJ.

Lokasi Rangkaian PAKEJ kebiasaannya adalah rangkaian kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan pungutan dan serahan bungkusan yang menjadikan perkhidmatan Rangkaian PAKEJ dapat dicapai dengan lebih baik.

Antara kelebihan menggunakan perkhidmatan Rangkaian PAKEJ adalah pengguna mempunyai pilihan lokasi yang lain untuk menerima serahan bungkusan mereka selain di rumah. Rangkaian PAKEJ secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah kelewatan penerimaan bungkusan, bungkusan hilang atau rosak, selain mengurangkan interaksi di antara pengguna dan pengendali.

Rangkaian PAKEJ juga menyokong penambahbaikan dalam kualiti perkhidmatan dengan memastikan pengguna ditawarkan kualiti perkhidmatan penghantaran yang terbaik contohnya bungkusan mereka dapat dihantar dan diterima dalam keadaan yang baik, serta menggalakkan penghantaran tanpa sentuhan yang lebih selamat. Para pengguna juga dapat menjejaki bungkusan mereka menggunakan aplikasi dalam talian atau melalui laman sesawang kurier dan menerima bungkusan tepat pada waktunya.

Semua inisiatif di bawah PAKEJ adalah penting dalam memastikan kualiti perkhidmatan kelas pertama dapat dicapai dan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna serta bertujuan untuk memperkemas lagi sistem penyampaian capaian terakhir menerusi integrasi yang bersesuaian.

Perkhidmatan Pungut dan Serah (Pick Up and Drop Off)

Penyedia perkhidmatan Rangkaian PAKEJ adalah entiti komersil yang menawarkan perkhidmatan Pungut dan Serah (Pick Up Drop Off) yang membolehkan bungkusan dipungut dan diserah di lokasi terpilih. Pengguna juga boleh memilih untuk menghantar bungkusan mereka sama ada melalui kutipan di peti bungkusan atau di kaunter.

Melalui Rangkaian PAKEJ, isu seperti kegagalan penghantaran bungkusan kerana ketiadaan penerima di rumah dapat diatasi dengan perkhidmatan pungut dan serah yang menawarkan keselesaan kepada pengguna mengambil dan menerima bungkusan pada sebarang masa dan lokasi.

Bagaimanakah Rangkaian PAKEJ berfungsi?

Menyampaikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan liputan yang lancar kepada semua rakyat Malaysia.

Kedai Serbaneka Sedia Ada

Kedai serbaneka yang terletak berhampiran kawasan perumahan yang menyediakan kaunter untuk pengambilan dan penghantaran bungkusan oleh pengguna.

Syarikat Teknologi

Pembekal teknologi yang menyediakan rangkaian berpacukan data untuk pemain perkhidmatan Rangkaian PAKEJ iaitu kaunter kedai serbaneka, syarikat pengangkutan, pusat pemenuhan dan peruncitan. Justeru, dengan memanfaatkan teknologi seperti aplikasi mudah alih, laman sesawang dan SMS; pengguna boleh menghantar dan menerima bungkusan dengan lebih mudah.

Integrasi

Teknologi Rangkaian PAKEJ yang membolehkan pengguna mengatur perjalanan bungkusan mereka dengan memilih lokasi yang diingini.

Manfaat Rangkaian PAKEJ

 

Berperanan sebagai alamat alternatif untuk membolehkan bungkusan diterima pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan cara yang selamat kepada penerima

Mempromosikan gaya hidup digital pembayaran tanpa tunai, teknologi tanpa kertas dan penggunaan kod QR

Memudahkan pungutan dan serahan bungkusan semasa perjalanan ke tempat kerja atau dari rumah

Menjaga keselamatan dan privasi pengguna

i

Perkhidmatan digital yang lebih cekap dan dipercayai untuk menangani isu seperti kegagalan penghantaran bungkusan kerana ketiadaan penerima di rumah

Meningkatkan keterlihatan perkhidmatan oleh pemain industri serta mempromosikan akses perkhidmatan mereka kepada bakal pelanggan

Mempromosikan teknologi hijau dengan pengurangan pelepasan karbon

Penyedia Perkhidmatan Rangkaian PAKEJ

 

Maklum Balas
Skip to content